Mr Chung, pembekal ‘fire extinguisher’ kami di Multiracial Reverted Muslims - MRM yang Belum Muslim.
Adalah menjadi polisi kami di MRM setiap tetamu dan pembekal yang Belum Muslim akan kami hadiahkan Al-Quran terjemahan kepada mereka. Amat rugi andai mereka menjadi tetamu kami serta mendapat untung wang ringgit hasil urusniaga dengan kami tetapi kami tidak menghadiahkan sesuatu yang boleh memberikan keuntungan buat mereka di dunia & akhirat.
Setelah kami menghadiahkan Al-Quran terjemahan Bahasa Melayu kepadanya, beliau meminta satu lagi Al-Quran terjemahan Inggeris untuk beliau hadiahkan kepada rakannya yang masih Belum Muslim sepertinya.
MashaAllah, Mr Chung yang masih Belum Muslim sudah mula berdakwah dan menghadiahkan Al-Quran terjemahan kepada yang Belum Muslim. Kita bagaimana pula?
Jom sahabat, hadiahkan Al-Quran terjemahan percuma kepada kenalan kita. Jazakumullahu Khairan kepada para sahabat yang sering menyertai program Waqaf Al-Quran kami yang membolehkan kami menghadiahkan Al-Quran kepada mereka.
Anda mahukan risalah Islam dan Al-Quran percuma dalam pelbagai bahasa secara percuma untuk diberikan kepada kenalan anda? PM atau e-mail kami di free@askislam.my dan InshaAllah kami akan poskan kepada anda secara percuma!